Tuesday, August 2, 2011

Industri perdagangan rambut Selatan Asia???

Pemain dalam industri perdagangan rambut palsu kini dalam kebimbangan jika upacara keagamaan di India iaitu mencukur rambut kurang mendapat sambutan daripada golongan mudanya.


RAMBUT mereka yang berasal dari India mempunyai nilai yang tinggi kerana kualitinya. - Gambar hiasan


KEPERCAYAAN agama yang diikuti dengan kefahaman kerohanian yang kuat melonjakkan lagi permintaan perdagangan rambut palsu dari India ekoran kesedaran fesyen wanita Barat.

Negara Selatan Asia itu telah lama menjadi pengeksport rambut manusia terbesar dunia. Beberapa syarikat yeng terlibat dalam sektor itu menjangkakan bahawa perniagaan itu bernilai 8.5 bilion rupees (RM56 juta) setahun.

Kepada penganut agama Hindu, rambut menjadi simbol pengorbanan sejak beratus ribu tahun lalu atas sebab-sebab yang berbeza. Antaranya mahu mengatasi kesihatan diri yang kurang baik, mencegah nasib malang dan mencari tuah.

Amalan itu merupakan satu kebiasaan di selatan India terutama di kuil-kuil di wilayah Tamil Nadu. Lokasi itu menjadi tumpuan hampir kebanyakan orang dari seluruh India untuk mencukur kepala.

Namun mereka yang terlibat dalam industri perdagangan rambut palsu dalam kebimbangan jika upacara keagamaan itu terus pudar pada masa hadapan.

Masyarakat India moden berubah mengikut perkembangan ekonomi negara mereka sekali gus membuka ruang untuk negara itu menjadi lebih sekular, berteras kepenggunaan dan pengaruh-pengaruh dari luar.

Mencukur rambut


UPACARA keagamaan mencukur rambut di kuil semakin kurang
diminati oleh golongan muda di India.


"Terdapat satu perubahan yang berlaku iaitu orang-orang mudanya semakin kurang pergi ke kuil dan tidak melakukan amalan mencukur rambut.

"Mereka mungkin akan memotong separuh rambut mereka tetapi tidak semestinya akan mencukur kesemua rambut mereka," kata Ketua Eksekutif Raj Hair International, George Cherian di ibu kota Chennai.

Pada hari festival keagamaan, kira-kira 1,000 orang termasuk 50 hingga 60 wanita menjalani ritual memotong rambut di kuil Tiruttani di utara Chennai.

Wanita India seperti Anandi Perumalswany merupakan tulang belakang dalam industri itu. Walaupun mereka menetap di kawasan yang jauh dari salun-salun yang beraneka bentuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah namun lokasi itu menerima permintaan penyambungan rambut yang tinggi.

"Tuhan kegemaran kami ialah Tuhan Muruga. Kami mempunyai banyak hutang dan pelbagai masalah lain.

"Saya telah berdoa untuk anak lelaki saya agar dia cepat kahwin. Saya kemudian menawarkan rambut saya," kata Perumalswamy yang berusia 45 tahun dan ibu kepada dua anak itu.

Eksport rambut

Bertan-tan rambut panjang dipotong setiap hari dan kebanyakannya dijual dalam jualan lelong kepada pemborong.

Pemborong kemudian akan mengurus dan mengeksport rambut untuk kegunaan di seluruh dunia.

Amalan seumpama itu telah menjadi kerja sampingan yang menguntungkan pihak kuil. Kuil akan mengunakan kutipan daripada duit jualan rambut itu untuk aktiviti kebajikan.

Sebahagian pembekal telah melakukan sendiri perniagaan tersebut dengan memotong rambut mengikut kehendak pemborong.

Kecantikan gaya rambut yang disambung dalam kalangan artis Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan beberapa artis lain telah melonjakkan lagi permintaan untuk barangan kecantikan.

Rambut sintetik yang murah dan pernah popular pada tahun 1990 menyebabkan kejatuhan harga dalam perniagaan untuk firma-firma India. Namun rambut manusia kini menjadi kegemaran sekali gus menjadi nilai tambah kepada pasaran India.


RAMBUT-RAMBUT yang digunting pada upacara keagamaan di kuil-kuil di India dijual untuk pembuatan rambut palsu.


Pada masa ini, satu kilogram (kg) rambut yang dipotong di India secara purata dijual pada harga AS$250 (RM735) berbanding 15 tahun lalu yang bernilai AS$20 (RM59) sekilogram, jelas Cherian.

Jenis rambut yang paling mahal ialah remy yang dicukur terus dari pangkal leher. Ia bernilai 25 peratus daripada harga pasaran rambut non-remy.

"Rambut masyarakat India merupakan rambut yang paling dikehendaki kerana ia menyamai dengan rambut asal orang kulit putih.

"Malah warna semula jadinya iaitu hitam menyamai warna rambut kaum Afrika dan bila diwarnakan rambut tersebut menyamai warna rambut orang Eropah atau AS," kata Cherian.

Kualiti rambut

Produk itu kemudiannya dibekalkan kepada wanita seperti Fereena West yang gemar ke salun ColourNation di pusat bandar London. Harga untuk satu kepala rambut asal dari India berharga lebih AS$3,000 ((RM8,823) dan memerlukan empat jam untuk disiapkan.

"Rambut sambung yang diperoleh sangat berkualiti. Ia merupakan 100 peratus rambut manusia dan agak mahal," kata model sementara yang berusia 25 tahun.

Seorang pelanggan di salon eksklusif Michaeljohn, di London yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, penyambungan rambut tersebut sangat berbaloi.

"Ia bernilai $970 (RM2,853), termasuk harga rambut dan kos penggayaan. Jadi bagi saya untuk menggayakannya tiga kali setahun ia memang berbaloi.

"Penyambungan rambut menjadi popular kerana artis seperti Cheryl Cole menyukainya dan dia menjadi lebih terkenal.

"Namun saya berpendapat ia turut digemari oleh kebanyakan orang dan bukan sahaja kelompok artis. Saya rasa ramai orang memilikinya kerana ia sangat bergaya dan membantu menyerlahkan penampilan mereka," katanya. - AFP

(VIDEO) Hidangan Sotong 'Menari' di Jepun Cetus Kontroversi

Sotong bukanlah sejenis makanan yang eksotik. Namun sebuah restoren di Jepun dapat menjadikan sotong sebagai makanan eksotik dengan menghidangkan menu 'sotong menari'.


Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang masih hidup menyebabkan sotong yang telah mati itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

p/s: ada ke yang kepingin nak cuba??

Kajian Dapati Pengguna Internet Explorer Miliki IQ Yang Rendah...Betulke?

No hard feeling okey buat pengguna-pengguna Internet Explorer. Satu kajian terbaru mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Hasil Kajian:
  • Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
  • Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
  • Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
  • Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.


Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.

p/s: mungkin ada betulnya kajian ini, mungkin juga tak...tapi untuk merumuskan seseorang tu sebagai 'bodoh' atau 'terencat akal' sebab menggunakan Internet Explorer adalah sesuatu yang keterlaluan. Kesian bagi mereka yang menggunakan IE...(",)

Golden Churn Cream Butter ada DNA babi ??

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.